Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Ahli pengakap pelajari astronomi

    Oleh Salawati Haji Yahya

    TUTONG, 26 OGOS – Persatuan Pengakap Daerah Tutong dan Persatuan Astronomi Brunei Darussalam (PABD) dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Tutong, baru-baru ini, telah mengadakan Malam Astronomi Persatuan Pengakap Daerah Tutong.

    Diadakan di Pusat Belia, Jabatan Belia dan Sukan Tutong, acara itu telah dihadiri oleh ahli-ahli Pengakap Tunas Sekolah Chung Hwa Tutong dan Sekolah Chung Hwa Kiudang, Tutong serta ibu bapa mereka.

    Antara tetamu khas yang hadir pada acara itu ialah Setiausaha Majlis Ugama Islam
    Brunei, Haji Abdul Aziz bin Haji Akop selaku naib yang di-pertua PABD dan Ketua Cawangan JBS Tutong, Awang Kamil bin Lamat.

    Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pesuruhjaya Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam (PPNBD), Awang Mohd Ariffin bin Abdul Hadi dan Pesuruhjaya Antarabangsa PPNBD, Haji Manan bin Haji Abdul Latif.

    Pada acara itu, tetamu khas, para pengakap tunas dan ahli-ahli pengakap dari PPNBD mendengarkan penerangan mengenai astronomi dan membuat pencerapan astronomi untuk meneroka alam astronomi, Bima Sakti dan planet Musytari dan Zuhal.

    Aktiviti pencerapan itu adalah dengan menggunakan alat-alat khas pencerapan seperti teleskop dan sebagainya.

    Malam astronomi itu bertujuan untuk memperkenalkan alam astronomi seperti hal ehwal cakerawala dan bintang-bintang, selain untuk mengetahui dan mencerap lingkaran Bima Sakti seterusnya mendedahkan dan memperkenalkan instrumen-instrumen atau peralatan yang digunakan dalam pencerapan astronomi.

    Ahli-ahli pengakap tunas ketika membuat pencerapan astronomi. – Gambar serahan Persatuan Pengakap Daerah Tutong
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...