Tuesday, April 16, 2024
25.4 C
Brunei

    -

    Ahli perniagaan dikehendaki AS berada di Singapura

    SINGAPURA, 6 NOV – Seorang ahli perniagaan Singapura yang dikehendaki oleh Amerika Syarikat (AS) kerana melanggar sekatan ke atas Korea Utara ketika ini berada di Singapura dan sedang disiasat, menurut kenyataan polis Singapura.

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan lewat kelmarin, Pasukan Polis Singapura (SFP) menyatakan mereka telah mendapatkan penjelasan daripada rakan sejawat di AS mengenai ganjaran dan mereka telah memaklumkan mengenai siasatan yang sedang dijalankan oleh pihak berkuasa tempatan.

    Jabatan Negara AS pada Khamis lalu menawarkan AS$5 juta bagi sebarang maklumat mengenai ahli perniagaan, Kwek Kee Seng, yang didakwa telah membuat beberapa penghantaran minyak ke Korea Utara dan pemindahan dari kapal ke kapal serta penggelapan wang menggunakan syarikat samaran.

    Pendakwa raya persekutuan di New York pada 2021 mengeluarkan waran tangkap ke atas Kwek, setahun selepas salah sebuah kapal tangki minyak miliknya, M/T Courageous, dirampas di Kemboja selepas arahan daripada AS mengenai melanggar arahan sekatan.

    Program Rewards for Justice, Jabatan Negara berkata lokasi tepat ahli perniagaan itu tidak diketahui dan dia juga telah dikenal pasti berada di Korea Utara, Kemboja, Taiwan dan Thailand serta Cameroon dan di negara-negara kecil Caribbean, Saint Kitts dan Nevis.

    Tetapi polis Singapura berkata dalam kenyataannya bahawa ‘Kwek ketika ini berada di Singapura’.

    Dia berada di bawah siasatan sejak April tahun lalu oleh Jabatan Hal Ehwal Komersial, iaitu agensi penyiasatan jenayah kolar putih negara itu, dan pasportnya telah disita.

    Polis Singapura berkata siasatan dijalankan selepas Jabatan Keadilan AS mengumumkan aduan jenayah telah difailkan terhadap Kwek kerana ‘didakwa berkomplot untuk mengelak sekatan ekonomi’ dengan Korea Utara dan penggelapan wang.

    Polis menambah mereka telah mengongsikan maklumat siasatan Kwek dengan pihak berkuasa undang-undang AS. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bot karam di Kashmir India bunuh sekurang-kurangnya 4 orang

    SRINAGAR, 16 APRIL - Sebuah bot yang membawa sekumpulan orang terbalik di sungai di Kashmir yang dikuasai India pada hari ini, menenggelamkan empat daripada...