Wednesday, April 24, 2024
30.6 C
Brunei

    -

    Ahli perniagaan ditahan buat laporan polis palsu

    JOHOR BAHRU, 18 JAN – Gara-gara mempunyai masalah dalam perniagaan, seorang lelaki sanggup membuat laporan palsu kononnya menjadi mangsa samun dalam satu kejadian Sabtu lepas.

    Ketua Polis Daerah Kulai Supt Tok Beng Yeow berkata perkara itu terbongkar apabila mangsa yang merupakan warga tempatan, akhirnya mengaku membuat laporan polis palsu. 

    Beliau berkata terlebih dahulu, lelaki berumur 43 tahun itu membuat laporan polis pada 8:40 malam Ahad, mendakwa telah ditahan dua kereta yang dinaiki tiga individu tidak dikenali, memakai pelitup muka dan bersenjatakan pisau di tepi jalan Lebuhraya Utara Selatan (arah selatan) selepas tol Skudai.

    “Lelaki itu mendakwa seorang daripada individu terbabit kemudian bertindak mengambil dan melarikan kotak berisi sejumlah wang tunai sebanyak RM600,000 di dalam kereta yang dipandunya selain turut mengalami kecederaan ringan pada bahagian muka akibat ditumbuk oleh suspek.

    “Bagaimanapun, hasil soal siasat yang dijalankan ke atas pengadu menimbulkan keraguan yang akhirnya mengakui membuat laporan itu kerana mempunyai masalah dalam perniagaan dan perlu membuat laporan polis untuk ditunjukkan dengan rakan perniagaannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Tok berkata ahli perniagaan itu yang ditahan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor pada 3:30 petang semalam, kini direman selama dua hari hingga esok

    Kes disiasat di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara enam bulan dan denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...