Wednesday, June 7, 2023
33.6 C
Brunei

    -

    Ahli PK sama-sama meriahkan keberangkatan Baginda

    Oleh Yusrin Junaidi

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Julai – Seramai 179 orang ahli pengawasan kejiranan (PK) telah bersama-sama memeriahkan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-71 pada Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah Bersama Rakyat dan Penduduk di keempat-empat daerah minggu lalu.

    Ahli-ahli PK juga mengambil kesempatan untuk merafakkan sembah ucapan dan berdoa semoga Baginda dilanjutkan usia dan turut berharap agar Negara Brunei Darussalam akan terus kekal aman dan damai di bawah kepimpinan Baginda.

    PK ditubuhkan dengan tujuan untuk menanamkan kefahaman dan kesedaran dalam kalangan orang ramai tentang kepentingan untuk sama-sama bertanggungjawab menjaga keamanan dan kestabilan negara.

    Ia adalah sebagai gandingan di antara orang ramai dan Pasukan Polis Diraja Brunei dalam melaksanakan pencegahan jenayah dan kawalan keselamatan secara sukarela.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    NZ ambil tindakan penggunaan vape

    WELLINGTON, 6 JUN - New Zealand akan mengambil tindakan tegas terhadap penggunaan vape atau rokok elektronik untuk melindungi golongan mudanya, umum Menteri Kesihatan Ayesha...
    - Advertisment -