Tuesday, August 16, 2022
27.1 C
Brunei

Ahli PKWE Laksana tanggungjawab ambil dos ketiga

-

Oleh Nurdiyanah R.

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 DIS – Dalam sama-sama melaksanakan tanggungjawab sosial khususnya dalam aspek kesihatan diri dan insan sekeliling ketika menghadapi cabaran wabak COVID-19, lebih 30 orang ahli Pusat Kegiatan Warga Emas (PKWE) Daerah Brunei dan Muara telah berjaya melengkapkan dos penggalak mereka, baru-baru ini.

Pengambilan suntikan dos ketiga di Pusat Vaksinasi Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah itu telah diketuai oleh Penolong Pengurus PKWE Daerah Brunei dan Muara, Dayang Noormah binti Juru Laki Haji Moksin.

Ketika dihubungi, Dayang Noormah merakamkan kesyukuran dan penghargaan atas segala usaha dan pemedulian warga kakitangan Kementerian Kesihatan dan para sukarelawan serta pihak pengurusan kebajikan warga emas di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan sehingga penerimaan suntikan vaksin berjalan dengan teratur dan lancar.

“Ini adalah sebagai salah satu usaha yang perlu kita lakukan dalam sama-sama melindungi diri daripada sebarang jangkitan teruk.

“Walau bagaimanapun perlu diketahui juga, meskipun sudah menerima suntikan vaksin dengan lengkap namun ini bukanlah pasport untuk kita bebas melakukan pelbagai aktiviti luar tanpa mengikuti prosedur operasi standard (SOP) sebagaimana yang telah ditetapkan selama ini,” tambahnya.

Antara ahli PKWE Daerah Brunei dan Muara yang berjaya melengkapkan dos penggalak di Pusat Vaksinasi Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, baru-baru ini. – Gambar serahan PKWE Daerah Brunei dan Muara

 

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Iran nafi terbabit serangan Salman Rushdie

TEHRAN, 15 OGOS – Pegawai kerajaan Iran hari ini menafikan Tehran terbabit dalam serangan yang mencederakan penulis kontroversi, Salman Rushdie di Amerika Syarikat (AS)...

China lancar latihan baharu

- Advertisment -