Ahli PKWE meriahkan sambutan TBC

Oleh Normazlina M.D

TUTONG, 10 Feb – Lebih 20 orang ahli Pusat Kegiatan Warga Emas (PKWE) Daerah Brunei dan Muara telah mengunjungi rumah terbuka bersempena Sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) yang diadakan di Kampung Padnunok, Mukim Kiudang, baru-bari ini.

Majlis berkenaan telah diadakan di rumah salah seorang tenaga pengajar PKWE Daerah Brunei dan Muara, Chin Yen Pong, dihadiri oleh Pengurus PKWE Daerah Brunei dan Muara, Haji Ali bin Haji Emran.

Kunjungan tersebut adalah bermatlamat untuk mengeratkan lagi ikatan silaturahim di kalangan tenaga pengajar dan ahli PKWE tanpa mengambil kira latar belakang bangsa dan agama dalam memeriahkan sambutan TBC kali ini.

Gambar ramai ahli PKWE Daerah Brunei dan Muara semasa mengunjungi rumah terbuka TBC di Kampung Padnunok, baru-baru ini.