Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Ahli politik dipilih semula lepas mati

    WASHINGTON, 10 NOV – Seorang penggubal undang-undang negeri Pennsylvania yang meninggal dunia akibat kanser pada bulan lalu dipilih semula dengan margin besar, menurut laporan berita memetik keputusan awal.

    Tony DeLuca, calon Demokrat yang mewakili bandar Pittsburg dalam dewan rakyat badan perundangan negeri, meninggal dunia akibat limfoma pada 9 Oktober pada usia 85 tahun.

    Sudah terlalu lewat untuk mengeluarkan namanya daripada daftar pengundian pilihan raya perundangan di seluruh Amerika Syarikat pada Selasa.

    DeLuca mengekalkan kerusinya dengan 86 peratus daripada undi dalam kempennya, dengan 98 peratus undi dikira.

    Satu pemilihan khas akan diadakan untuk memutuskan siapa yang mengambil kerusinya.

    “Sementara kami berasa sedih dengan pemergian Wakil Tony DeLuca, kami bangga melihat pengundi terus menunjukkan keyakinan mereka terhadap beliau dan komitmennya melaksanakan nilai-nilai Demokratik dengan memilihnya semula selepas mati,” kata Parti Demokratik Pennsylvania. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...