Ahli politik Jepun mohon maaf lelong topeng muka

TOKYO, 9 MAC – Ahli politik Jepun meminta maaf hari ini selepas dia membuat lelongan topeng muka berjumlah AS$86,000 ketika negara itu berdepan kekurangan berikutan wabak COVID-19.

Hiroyuki Morota, ahli politik dari wilayah Shizuoka dan pemilik firma import, mempertahankan keputusannya dalam sidang media namun mengakui langkah itu tidak kena masanya.

Morota berkata dia melelong berkotak-kotak topeng beberapa daripadanya mengandungi 2,000 keping, di internet puluhan kali dalam tempoh sebulan, kira-kira 8,88 juta yen (AS$86,000). – AFP