Wednesday, November 13, 2024
30.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ahli PWM sertai kempen derma darah

    Oleh Nurdiyanah R. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 SEPT – Dalam usaha menyahut seruan Kementerian Kesihatan bagi membantu menambahkan simpanan darah yang rendah di tabung-tabung darah, ahli-ahli Persatuan Warganegara Malaysia (PWM) di Negara Brunei Darussalam telah tampil ke hadapan untuk sama-sama menderma darah dalam kempen yang diadakan di Tingkat Dua, The One, Batu Satu, kelmarin.

    Kempen anjuran bersama PWM di Negara Brunei Darussalam dan Pusat Pendermaan Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha itu bermula dari 10 pagi hingga 2 petang.

    Acara itu dihasratkan untuk meningkat kesedaran tentang kepentingan menderma darah bagi membantu menyelamat nyawa selain memperoleh manfaat menderma darah di mana para penderma darah akan berasa lebih segar dan sihat.

    Kempen sedemikian diharap akan menggalakkan lebih ramai warganegara Malaysia khususnya untuk menyokong seruan menderma darah oleh Kementerian Kesihatan.

    Antara ahli PWM menderma darah semasa kempen yang berlangsung di Tingkat Dua, The One, Batu Satu, baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN PWM DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda