Ahli undangan Britain adakan undian

LONDON, 29 Jan – Para ahli undangan Britain akan mengundi hari ini sama ada akan cuba mengambil kawalan ke atas proses Brexit dalam siri-siri pengundian yang mengancam akan memberikan lebih banyak tekanan ke atas Perdana Menteri Theresa May.

Dengan had akhir Brexit hanya tinggal 60 hari, para ahli parlimen akan mengundi pelan May, ‘Plan B’ yang dikemukakannya kepada parlimen minggu lalu selepas perjanjian awal beliau ditolak sama sekali pada 15 Januari.

Mereka juga akan mengundi pindaan yang akan menyatakan sama ada para ahli undangan mempunyai banyak undi untuk memulakan pengambilan alih parlimen sah ke atas proses itu.

Satu pindaan akan membuka laluan bagi House of Common untuk membawa perundangan yang menghalang Britain meninggalkan Kesatuan Eropah (EU) tanpa perjanjian rasmi pada 29 Mac.

Itu akan memaksa May menangguhkan Brexit bagi tempoh sembilan bulan jika perjanjiannya tidak diluluskan sebelum 26 Februari dan memberikan kemampuan pihak ahli undangan bagi tempoh tidak pasti melanjutkan had akhir.

Semakin ramai menteri kerajaan memberi amaran mereka tidak akan menerima prospek Britain meninggalkan EU tanpa perjanjian yang akan serta-merta menjejaskan semua hubungan dengan rakan dagangan terbesarnya itu.

May, pemimpin Konservatif berusaha menyelamatkan perjanjiannya, dan berharap menang mengatasi para ahli parlimen dalam satu lagi undian pada masa akan datang, meskipun tewas dalam pengundian lalu dengan 230 undi.Kerajaan berkata ‘pengundian bermakna’ kedua ini akan juga boleh dibetulkan yang mungkin meyakinkan beberapa ahli undangan untuk tidak mengambil tindakan drastik hari ini, dengan menyedari mereka akan mempunyai peluang lain. – AFP