Ahmad Dhani selar tindakan Maia Estanty

Vokalis Dewa 19, Ahmad Dhani menyelar tindakan Maia Estanty yang masih sering bercakap mengenai kisah lalu mereka dan menggelarkan bekas isterinya itu sebagai ‘tukang ghibah’ kerana sering bercakap mengenai isterinya, Mulan Jameela.

Penyanyi ini turut menyatakan bahawa apa yang dikatakan oleh Maia itu belum tentu benar dan mempunyai potensi untuk fitnah Mulan yang merupakan rakan duo Maia sebelum ini.

“Dalam syariat Islam, barangsiapa yang mengghibah seseorang, maka dosa orang yang dighibah itu pindah ke orang yang menghibah. Jika cerita itu benar. Jika cerita itu palsu, maka itu jatuh fitnah. Hukumnya bukan hukum ghibah ghibah, tapi fitnah,” ujar Ahmad Dhani.

Penyanyi ini turut mendedahkan bahawa Maia tidak sebaik yang terlihat di hadapan khalayak ramai, dan juri Indonesian Idol itu telah memfitnah Mulan hanya kerana satu alasan.

“Semuanya fitnah. Maia memfitnah Mulan Jameela untuk menutupi dosanya sendiri,” katanya lagi

Bapa kepada tiga orang anak lelaki dan seorang anak perempuan ini turut menjelaskan bahawa beliau bercerai dengan Maia bukan disebabkan kehadiran Mulan, sebaliknya disebabkan kesilapan yang dilakukan oleh Maia sendiri.

“Selama ini Maia menceritakan dirinya adalah wanita baik yang telah diceraikan. Padahal kalau kita gunakan akal yang sihat, apa mungkin wanita yang baik diceraikan oleh suaminya?,” dedah Ahmad Dhani. – Agensi

Ahmad Dhani mendedahkan Maia tidak sebaik yang terlihat di hadapan khalayak ramai dan juri Indonesian Idol itu telah memfitnah Mulan hanya kerana satu alasan. – Agensi