Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Ahmad Faizal sekali lagi mohon maaf

    SEPANG, 14 JUN – Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sekali lagi memohon maaf susulan kenyataannya berhubung sorakan pemain ke-12 skuad Harimau Malaya yang dikatakan menjadi punca kekalahan Malaysia di tangan Bahrain pada aksi Kelayakan Piala Asia 2023, Sabtu lalu.

    “Saya rasa saya perlu memohon maaf kepada semua penyokong. Saya juga seorang daripada penyokong dan saya kira yang penting sekarang ini ialah untuk terus beri sokongan kepada pasukan kita tanpa berbelah bahagi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah Pusat Pengalaman Pemanduan di Litar Go Kart Sepang di sini, hari ini.

    Semalam, kenyataan Ahmad Faizal tular di media sosial selepas beliau tampil membela penjaga gol Farizal Marlias susulan kesilapan dilakukannya hingga menyebabkan skuad kebangsaan tewas 1-2 kepada Bahrain di Stadium Nasional Bukit Jalil.

    Katanya, faktor luaran termasuk membabitkan lebih 63,000 penonton di stadium ketika perlawanan itu berlangsung juga harus diambil kira atas kekalahan itu apabila sorakan mereka secara tiba-tiba dilihat menyebabkan pemain skuad Malaysia hilang fokus sewaktu perlawanan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...