Wednesday, May 14, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ahmad Idham, Eizlan Yusof kini galas tugas baharu

    Selepas meninggalkan kerusi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) pada September lalu, Ahmad Idham Ahmad Nadzri telah dilantik sebagai Setiausaha Kebudayaan, Kementerian Luar Negeri berkuatkuasa hari ini.

    Pelantikan jawatan itu diumumkan Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah menerusi satu kenyataan media yang dihantar kepada mStar.

    Menurut Saifuddin, Ahmad Idham dilantik memegang jawatan itu kerana berpengalaman luas selama lebih 25 tahun dalam industri kreatif.

    Selain Ahmad Idham, penerbit dan pelakon, Datuk Seri Eizlan Yusof turut dilantik sebagai Perunding Kreatif.

    “Pelantikan mereka selaras dengan objektif membangunkan Diplomasi Budaya Malaysia di bawah Kerangka Dasar Luar Malaysia.

    Ahmad Idham dilantik menjadi Setiausaha Kebudayaan, Eizlan Yussof pula dilantik menjadi Perunding Kreatif. – Agensi

    “Ia bagi tujuan mewujudkan kaedah baharu mempamerkan identiti dan nilai kebangsaan, di samping memaparkan nilai kepelbagaian budaya serta menggalakkan promosi dan pertukaran budaya.

    Pada 9 September lalu, Ahmad Idham melepaskan jawatan sebagai CEO Finas selepas 15 bulan menggalas tanggungjawab berkenaan.

    Sementara itu, pengarah dan pelakon filem Impak Maksima ini mengucapkan terima kasih atas kepercayaan diberi dan berjanji menjalankan tugas dengan amanah.

    Nama Ahmad Idham tidak asing dalam industri seni tanah air apabila sering menerima pengiktirafan termasuk memenangi anugerah antarabangsa di Pesta Filem Chunsa Korea pada 2018.

    Manakala, Eizlan pula pernah berkhidmat dalam pelbagai kapasiti serta memenangi pelbagai anugerah di peringkat tempatan dan antarabangsa. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda