Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Ahmad Tarmimi terkilan ‘kerusi panas’ FINAS sering diganggu

    Pelakon veteran, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar tidak kisah siapa bakal dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS).

    Namun, katanya, individu itu harus meneruskan usaha baik cetusan idea bekas CEO, Prof Dr Md Nasir Ibrahim yang ditamatkan perkhidmatan menerusi notis 24 jam, berkuat kuasa semalam.

    Selaku pemain industri, Ahmad Tarmimi mengakui sudah lali dengan pertukaran tampuk pimpinan FINAS yang silih berganti.

    Bagaimanapun, katanya, dia terkejut dengan penamatan khidmat Md Nasir yang berlaku serta merta.

    “Siapa pun bakal dilantik CEO FINAS, teruskan inisiatif yang pernah dibuat Md Nasir.

    Ahmad Tarmimi menasihatkan kepada orang yang bakal dilantik CEO FINAS agar meneruskan inisiatif dibuat Md Nasir. – Agensi

    “Janganlah apabila jawatan berubah, semua yang baik pernah dilaksanakan Md Nasir turut diubah.

    “Usaha yang baik harus diteruskan. Jika ikut berubah, sampai bila-bila pun industri perfileman negara akan terus berada di takuk lama dan tak ke mana-mana,” katanya kepada BH Online.

    Ahmad Tarmimi berkata, ramai pemain industri selesa dengan perlantikan Md Nasir sejak November 2021. Ini kerana sebagai ahli akademi, beliau sering melahirkan idea bernas untuk anjakan pembangunan industri kreatif.

    Namun, katanya, apa yang membuatkannya sedikit terkilan kerana ‘kerusi panas’ itu sering kali diganggu.

    “Kami baru hendak selesa dengan pendekatan yang dilakukan. Tetapi, baru hendak berjalan lancar, ada sahaja gangguan lain,” tambahnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China kecewa AS guna veto halang Palestin anggotai PBB

    BEIJING, 19 APRIL - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) gagal meluluskan draf resolusi untuk menerima Palestin sebagai anggota rasmi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)...