Tuesday, February 18, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ahmadinejad daftar untuk calon presiden

    TEHRAN, 12 April – Bekas presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad membuat kejutan hari ini apabila mendaftar untuk bertanding dalam pilihan raya presiden bulan depan, mengambil tindakan ingar atas nasihat pemimpin agung.

    Ahmadinejad sebelumnya menegaskan dia tidak akan bertanding selepas Ayatollah Ali Khamenei berkata tahun lepas bahawa pencalonan akan memberi kesan ‘perpecahan’ kepada negara, dan sebaliknya menyokong bekas timbalannya, Hamid Baghaie.

    Namun bekas presiden itu – yang memegang jawatan antara 2005 dan 2013 telah menyaksikan bantahan besar-besaran, menjatuhkan hubungan dengan Barat dan ekonomi berkecai – mengejutkan semua orang apabila dia mendaftar bersama Baghaie hari ini.

    Dia memberitahu para wartawan di kementerian dalam negeri, tempat pendaftaran itu diadakan, bahawa dia akan tetap komited pada ‘janji moralnya’ kepada Khamenei untuk tidak bertanding bagi pilihan raya 19 Mei.

    Mahmoud Ahmadinejad (tengah) dan Hamid Baghaei (kanan) menunjukkan kad mereka selepas mendaftarkan pencalonan bagi pilihan raya presiden akan datang di Tehran, Iran pada 12 April. – AP
    Mahmoud Ahmadinejad (tengah) dan Hamid Baghaei (kanan) menunjukkan kad mereka selepas mendaftarkan pencalonan bagi pilihan raya presiden akan datang di Tehran, Iran pada 12 April. – AP

    Namun dia berkata ‘nasihat Khamenei itu bukan satu tegahan’.

    “Saya mengulangi semula bahawa saya komited pada janji moral saya dan kehadiran saya dan pendaftaran itu adalah hanya untuk menyokong Baghaie,” tambahnya tanpa penjelasan.

    Minggu lalu, diapit oleh bekas timbalannya semasa sidang media pertama selama empat tahun, Ahmadinejad berkata dia tidak ‘mempunyai rancangan untuk mendaftarkan dirinya. Saya sokong Baghaie sebagai calon terbaik’.

    Tempoh pendaftaran rasmi bagi jawatan presiden bermula kelmarin dan akan diteruskan sehingga malam Sabtu, selepas calon-calon dinilai oleh Majlis Guardian yang didominasi konservatif, dengan senarai akhir akan diumumkan pada 27 April. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda