Ahn So-hee main PUBG demi selami watak

Demi memenuhi tuntutan, pelakon dan penyanyi Korea Selatan, Ahn So-hee ada cara tersendiri untuk menyelami watak lakonannya dalam drama terbaharu berjudul Missing: The Other Side.

Menurut laman K! Online, watak So-hee sebagai Lee Jong-ah merupakan seorang penggodam yang handal selok-belok komputer membuatkan dia perlu belajar untuk memahirkan diri. “Saya tidak tahu banyak mengenai penggodam, jadi saya banyak menonton video tentang perkara tersebut untuk mengetahui lebih lanjut. Lee Jong-ah bukan sahaja mahir mengendalikan komputer tetapi juga hebat bermain permainan video terkenal PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG).

“Disebabkan ada babak dalam drama itu memaparkan saya bermain permainan video, saya pergi ke pusat internet untuk berlatih. Saya juga banyak menonton video tentang pemain permainan video,” jelasnya. Missing: The Other Side merupakan naskhah misteri fantasi memaparkan sebuah perkampungan yang didiami para roh. – Agensi

Ahn So-hee seorang penjawat awam pada waktu siang dan malamnya seorang penggodam dalam drama terbaharunya. – Agensi