Tuesday, April 23, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    Aidil Sharin anggap prestasi pasukan semakin baik

    ALOR SETAR, 18 OGOS – Ketua jurulatih Kedah Darul Aman (KDA) FC Aidil Sharin Sahak menganggap pasukannya menunjukkan persembahan yang baik berbanding beberapa perlawanan sebelum ini, walaupun sekadar seri 1-1 menentang Sabah FC dalam perlawanan Liga Super, malam tadi.

    Beliau berkata hal itu boleh menjadi pemangkin untuk skuad Sang Kenari mencatatkan keputusan yang lebih baik dalam perlawanan seterusnya selepas prestasi tidak menentu sebelum ini.

    “Keputusan malam ini adalah petunjuk positif kepada pemain walaupun ada pemain utama tak diturunkan kerana cedera. Semua pemain yang diturunkan telah memberikan komitmen yang jitu dan menunjukkan corak permainan semakin baik.

    “Ia permainan yang bukan mudah tapi pasukan tekad untuk menang dan pemain bermain dengan baik sehingga mencipta tiga peluang, namun gagal terjemahkan dengan gol. Inilah bola sepak, kita kena melihat ke hadapan dan berusaha memperbaiki kelemahan,” katanya.

    Aidil Sharin berkata demikian kepada pemberita selepas perlawanan itu di Stadium Darul Aman di sini, malam tadi.

    Mengulas lanjut mengenai perlawanan itu, Aidil Sharin berkata beberapa pemain muda yang diturunkan kembali menunjukkan keserasian sehingga berjaya mendominasi permainan terutama pada separuh masa pertama. Beliau berkata mereka juga bermain dengan teratur dan berdisiplin sehingga berjaya menguasai banyak posisi dan melancarkan serangan berbahaya ke atas gol pasukan lawan. – Bernama

    Gambar bertarikh 15 Julai menunjukkan aksi pertahanan KDA FC, Rodney Akwensivie cuba mencuri bola daripada pemain Terengganu FC pada aksi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...