Saturday, April 20, 2024
25 C
Brunei

    -

    Aidiladha, ibadah korban meriah di Sarawak, Sabah

    KUCHING, 10 JULAI – Penantian umat Islam di Sarawak dan Sabah untuk menunaikan ibadah korban secara bebas dan meriah sempena sambutan Hari Raya Aidiladha selepas dua tahun ibadah itu dihadkan berikutan penularan COVID, berakhir tahun ini.

    Walaupun tiada lagi prosedur operasi standard (SOP) ketat seperti penjarakan fizikal dan had jumlah jemaah, orang ramai yang hadir di surau dan masjid masih memakai pelitup muka bagi membendung penularan wabak.

    Di Kuching, Sarawak, suasana masjid dan surau dibanjiri kehadiran jemaah yang menunaikan solat sunat Aidiladha serta menyertai ibadah korban, susulan Majlis Islam Sarawak (MIS) yang membenarkan ibadah itu dilaksanakan di masjid dan surau di negeri itu.

    Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menunaikan solat bersama ratusan jemaah di Masjid Jamek Negeri Sarawak di Petra Jaya yang kemudiannya menyempurnakan Majlis Korban Perdana anjuran MIS.

    Menerusi program tersebut, seramai 100 asnaf dari Gabungan Saudara Kita di sekitar bandar raya itu mene-rima manfaat agihan daging korban berkenaan.

    Sementara di Kota Kinabalu, Sabah, ribuan jemaah menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Negeri Sabah dan Masjid Bandaraya Kota Kinabalu.

    Umat Islam di sekitar bandar raya itu tidak melepaskan peluang untuk beramai-ramai menunaikan solat sunat Aidiladha pada tahun ini selepas dua tahun terikat dengan SOP COVID. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...