Aidilfitri erat silaturahim

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Julai – Dalam menyemarakkan suasana bulan Syawal, Sekolah Sinaran Pelangai tidak ketinggalan mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang diadakan di dewan sekolah tersebut, kelmarin

Sambutan Hari Raya yang dihadiri oleh pelajar-pelajar KG 1 sehingga KG 3 itu juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan pelajar dan guru-guru di samping memeriahkan lagi sambutan khususnya di sekolah berkenaan.

Sekolah Sinaran Pelangai kelmarin turut tidak ketinggalan mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri.