Aidilfitri sedih buat Dr Annuar

SIBU, 13 MEI – “Sedih dan sangat risau,” luah Menteri Muda Kesihatan Awam dan Perumahan Sarawak Dr Annuar Rapaee ketika ditanya mengenai sambutan Aidilfitri hari ini semasa negara dilanda pandemik COVID-19.

 Dr Annuar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka berkata, beliau sangat risau dengan situasi pandemik COVID-19 di Sibu yang masih belum menunjukkan tanda penurunan jumlah kes.

“Saya sangat risau. Kadang-kadang tidak dapat tidur malam. COVID-19 sangat memilukan saya,” katanya ketika dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp. Sepanjang sambutan Aidilfitri ini katanya, beliau yang juga penyelaras Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Sibu akan terus memantau situasi COVID-19 di kawasan itu dengan harapan agar keluk penularannya dapat dilandaikan dan situasi bertambah baik secepat mungkin.

Ahli kardiologi itu juga berkata beliau tidak membuat sebarang program berkaitan hari raya dan kekal di rumah bersama ibu bapanya manakala isteri serta anak-anaknya yang berada di luar Sarawak tidak dapat pulang berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). – Bernama

Dr Annuar Rapaee memegang kad ‘Saya Telah Divaksin’ selepas menerima suntikan vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNTech semasa upacara permulaan program imuninasi COVID-19, Sibu di Klinik Kesihatan Lanang. – Bernama