Saturday, September 30, 2023
27.6 C
Brunei

    -

    Aifa Azman, Eain Yow mara separuh akhir

    KUALA LUMPUR, 26 NOV – Pemain skuasy wanita sensasi Malaysia Aifa Azman menitiskan air mata kegembiraan selepas menumpaskan lawan ketiganya dari Mesir untuk melayakkan diri  ke separuh akhir Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia.

    Pemain berusia 19 tahun itu berjaya mengatasi cabaran dihadapinya dengan menewaskan pemain nombor 35 dunia dari Mesir Hana Ramadan  11-9, 11-9, 11-5  dalam perlawanan suku akhir yang berlangsung di Pusat Skuasy Nasional  Bukit Jalil di sini hari ini. 

    Ia merupakan kemenangan ketiga buat Aifa, pemain nombor 69 dunia yang sebelum ini menewaskan dua wakil Mesir Mayar Hany (nombor 47 dunia) dan Yathreb Adel (nombor 31 dunia) masing-masing dalam pusingan pertama dan kedua.

    Pemain dari Kedah itu sememangnya melebihi jangkaan dengan mara ke aca-ra separuh akhir  Jelajah Dunia Gangsa Persatuan Skuasy Profesional (PSA), pertamanya.

    “Saya sangat gembira menang 3-0 kerana saya berhadapan perlawanan sukar semalam jadi amatlah lega untuk memenanginya dalam tiga set yang merupakan keputusan yang baik. Saya pada mulanya agak gementar pada pusingan kedua tetapi setelah mengalahkan pemain pilihan ketiga Yathreb, saya sememangnya lebih tenang hari ini.

    Aifa akan bertemu pemain nombor 19 dunia, Danielle Letourneau untuk satu slot ke final selepas pemain dari Kanada itu mengalahkan pemain nombor 14 dunia dan pilihan kedua Nadine Shahin dari Mesir 11-4, 9-11, 11-7, 11-8, dalam satu lagi aksi suku akhir. 

    Dalam kategori lelaki, juara bertahan Ng Eain Yow terus mengekalkan rekod cemerlang di gelanggang sendiri dengan mara ke separuh akhir selepas mengalahkan Nicolas Mueller dari Switzerland 11-6, 11-5, 11-5. – Bernama

    Aifa Azman (ATAS) dan Eain Yow berjaya mara ke separuh akhir Kejohanan Skuasy Piala Malaysia. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Singa baham tuan

    TOKYO, 29 SEPT – Seorang penjaga zoo di taman safari Jepun terbunuh selepas seekor singa dipercayai menyerangnya ketika dia cuba membawa haiwan itu masuk...