Aiman Tino, ayah dikompaun RM1,000 ingkar arahan PKPB

Malang tidak berbau, gara-gara pergi memancing bersama bapanya, penyanyi Aiman Tino dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 kerana melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKBP) pada petang Selasa.

Aiman atau nama sebenarnya Muhammad Aiman Yusri, 22, yang berada di kolam ikan di Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu itu berkata, dia dan bapanya Yusri Ishak, 51, mendakwa dirinya terperangkap ketika polis melakukan serbuan di kawasan itu.

“Saya tergamam dan hairan mengapa polis menyaman saya dan ayah bersama pengunjung yang lain. Kami masuk ke kawasan kolam itu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang disediakan pemilik kolam.

“Ketika serbuan polis petang lewat petang semalam, hujan lebat.

“Ramai pengunjung berteduh dalam sebuah bangsal dan ketika itu melebihi 20 orang.

“Polis enggan menerima penjelasan kami dan terus mengeluarkan kompaun kepada pengunjung,” ujarnya. – Agensi

Aiman perlu melunaskan bayaran kompaun RM1,000 sebelum 8 Jun ini. – Agensi