Thursday, April 18, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Aiman Tino nikah April ini

    Penyanyi dan pelakon Aiman Tino mengesahkan bakal melangsungkan pernikahan dengan wanita pilihannya iaitu Syarah Haifa pada April ini.

    Aiman atau nama penuhnya Muhammad Aiman Yusri, 25, berkata, dia dan Syarah memutuskan bernikah terlebih dahulu sebelum mengadakan kenduri kahwin sekitar Jun atau Ogos depan.

    “Insya Allah pernikahan akan diadakan pada April nanti. Kita buat yang wajib dahulu. Majlis resepsi pula sama ada pada Jun atau Ogos depan. Belum pasti lagi tarikhnya,” jelasnya.

    “Segala persiapan untuk majlis pernikahan pun sudah siap cuma tarikh belum ditetapkan lagi. Ada kemungkinan juga kami disatukan sebelum Ramadan,” katanya kepada mStar.

    Aiman ditemui ketika majlis tayangan filem lakonannya berjudul Irama Kita yang berlangsung di Golden Screen Cinemas (GSC) Starling Mall, Petaling Jaya pada Rabu.

    Tambah Aiman lagi, mereka juga merancang untuk mengikat tali pertunangan sehari sebelum hari pernikahan mereka.

    Dalam pada itu, Aiman berkata, dia dan Syarah, 24, bertemu sekitar 2019 selepas diperkenalkan oleh seorang sahabat.

    Mula menjalankan perniagaan bersama sejak itu, hubungan mereka semakin rapat dan memasuki fasa serius pada tahun lalu.

    Sebelum ini ibu kepada Aiman iaitu Hazelina Mat Jalil memberitahu keluarga mereka menghantar rombongan merisik ke rumah keluarga Syarah di Cheras, Kuala Lumpur pada 21 Januari lalu. – Agensi

    Aiman mahu menyelesaikan perkara wajib terlebih dahulu. – AGENSI
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Terumbu Sawar Besar alami pemutihan karang paling teruk

    CANBERRA, 17 APRIL - Sebahagian besar Terumbu Sawar Besar yang ikonik di Australia mengalami pemutihan karang pada musim panas 2023-24, menurut laporan kerajaan. Agensi kerajaan...