Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Ain Edruce anak emas TV3?

    Rezeki Ain Edruce dalam bidang pengacara semakin menyerlah tahun ini apabila dia diberi tanggungjawab mengendalikan dua buah program iaitu I Can See Your Voice Malaysia (ICSYMY) musim kelima dan Melodi.

    Gara-gara tawaran mengacara dua program besar itu, ada menyangka Ain merupakan anak emas atau artis kegemaran stesen televisyen TV3.

    Menjawab dakwaan tersebut, Ain atau nama sebenarnya Nurulain Edruce, 31, berkata, dia menganggap peluang diberikan itu sebagai rezeki selepas melahirkan anak pertama pada tahun lalu.

    “Mana ada saya ini anak emas. Sebenarnya ada banyak lagi pengacara yang berpotensi dekat luar sana. Mungkin ini dinamakan rezeki Ain banyak dekat TV3,” katanya kepada mStar.

    Bercakap mengenai pengalaman pertama mengendalikan Melodi, Ain mengakui gementar mengacarakan program itu secara langsung kerana bimbang tidak dapat melakukan tugasan dengan baik.

    “Saya gembira dan bersyukur kerana selama ini saya memang meletakkan keinginan untuk menjadi pengacara Melodi. Sejujurnya rasa gementar itu memang ada kerana saya tidak tahu sama ada boleh melakukannya atau tidak,” ujarnya.

    Sementara itu, penampilan sulungnya itu turut mengundang pelbagai reaksi penonton yang rata-rata mengkritik tentang suaranya yang kedengaran seperti menjerit.

    Ain bagaimanapun berkata, teguran dan kritikan tersebut sama sekali tidak melemahkan semangatnya, sebaliknya pelakon drama Camelia itu menjelaskan perkara tersebut berlaku disebabkan masalah kotak suaranya.

    Antara program lain yang pernah dikendalikan Ain di TV3 ialah Immortal Songs: Lagu Lama Menyengat Semula dan Lagu Cinta Kita musim tiga. – Agensi

    Ain Edruce syukur banyak terima tawaran mengacara. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...