Aina Abdul kolaborasi bersama Trulooks

Siapa sangka nama penyanyi dan komposer, Aina Abdul kini meniti di bibir-bibir peminat dan penggiat industri muzik di Malaysia.

Manakan tidak, figura berbakat besar ini acap kali menempa pelbagai kejayaan termasuklah dinobatkan sebagai Naib Juara Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) menerusi lagu Semalam. Terbaru, Aina melakar sejarah peribadinya apabila dilamar oleh sebuah syarikat kosmetik tempatan yang membawa imej premium, Trulooks Global Group Sdn Bhd (Trulooks) sebagai rakan kolaborasi.

Menurut Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina binti Abdul Ghani, 28 sebelum bersetuju untuk bekerjasama, dia terlebih dahulu mencuba keberkesanan produk ini.

“Saya merupakan salah seorang pengguna rangkaian skincare Truskin. Dari semasa ke semasa, saya mengemas kini perubahan kulit saya. Asalnya kulit saya menghadapi masalah minyak berlebihan menyebabkan kulit cepat naik jerawat yang banyak dan tekstur kulit tak sekata.

“Setelah tiga bulan konsisten dengan Truskin, saya nampak perubahan ketara pada kulit wajah saya. Alhamdulillah. Sebagai seorang penyanyi, kecantikan dan kesihatan kulit amat saya utamakan,” kata Aina.

Difahamkan, antara faktor Aina dipilih adalah kerana pelantun Sepi ini mempunyai sikap merendah diri selain tidak dinafikan nama Aina semakin mengharumkan dalam industri hiburan.

“Jumaat lepas adalah hari indah buat Aina pertama kali Aina berkolaborasi bersama jenama perawatan kulit, and honestly Aina happy to be part of this project bersama dua wanita yang Aina adore dan respect sangat-sangat! Kak Mom dan Kak Jue! @deeba_bari @_jslah” kongsi Aina di laman instagramnya. – Agensi

Aina Abdul kini meniti di bibir-bibir peminat dan penggiat industri muzik di Malaysia. – Agensi