Sunday, January 29, 2023
23 C
Brunei

-

Aina tertekan fikirkan konsep persembahan AJL 37

Sepanjang tiga kali beraksi pada malam kemuncak Anugerah Juara Lagu (AJL), kemunculan penyanyi Aina Abdul pasti menjadi bualan sama ada membabitkan penampilan ataupun konsep persembahan.

Menerusi edisi AJL 37 yang bakal berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada bulan depan, Aina atau nama sebenarnya, Nurul Aina Abdul Ghani mempertaruhkan lagu ciptaannya berjudul Terus Hidup.

Mengulas perkara itu, Aina berkata, dua perkara memberi kesan terhadap emosinya setiap kali bergelar finalis acara tahunan berprestij itu. “Tak dinafikan, penampilan dan konsep persembahan memberi tekanan kepada saya setiap kali berjaya melangkah ke pentas AJL.

“Saya dan pasukan perlu memikirkan sesuatu yang ‘ekstravaganza’ untuk menepati piawaian yang kami tetapkan, memandangkan ini adalah tahun keempat saya bolos AJL.

“Formula ini digunakan sejak awal saya melangkah ke AJL, jadi saya akan teruskan legasi fesyen sampai bila-bila,” katanya kepada wartawan.

Aina akan tampil dengan imej ‘ekstraveganza’ untuk menepati piawaian ditetapkan pasukannya setiap kali bolos AJL.
– Agensi

Puas hati dengan hasil kerja Melinda Looi pada AJL tahun lalu, penyanyi yang mula meledak dengan lagu Sumpah ini tetap mengekalkan khidmat pereka fesyen terkenal itu, tahun ini.

“Saya akan kembali bekerjasama dengan Melinda yang pernah menghasilkan busana berbentuk pokok pada AJL tahun lalu.

“Kami baru sahaja selesai berbincang. Banyak kali saya kena marah kerana busana diimpikan sangat mencabar dan memberi sedikit kesukaran ketika proses jahitan.

“Melinda kata saya ‘kejam’ kerana masa diberikan agak singkat dan proses menghasilkan busana ini akan mengganggu cuti perayaan Tahun Baharu Cina.

“Disebabkan itu, saya berjanji akan menyediakan pembantu yang boleh membantu untuk menyiapkan busana ini, termasuk membantunya membuat persiapan untuk menyambut perayaan Tahun Baharu Cina,” ujar Aina ketika ditemui pada sidang media memperkenalkan pengacara dan tema AJL 37, baru-baru ini. – Agensi

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S sokong hantar bantuan kepada Korea U

SEOUL, 27 JAN – Kerajaan Korea Selatan hari ini berkata bahawa ia akan membantu usaha orang awam untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada Korea Utara...
- Advertisment -