Thursday, February 13, 2025
30.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aina tiada killer song

    Penyanyi Aina Abdul menganggap kenyataan dibuat penyanyi senior, Man Bai terhadapnya yang tidak memiliki killer song sebagai satu teguran.

    Justeru, penyanyi lagu Terus Hidup itu enggan membesar-besarkan isu berkenaan, sebaliknya ingin menyahut teguran vokalis kumpulan Gersang itu dengan mencari karya daripada komposer hebat.

    Aina berkata, dia tidak mahu terlalu cepat membuat andaian kerana tidak tahu konteks perbualan Man Bai bersama media, baru-baru ini.

    “Saya baru sedar mengenai kenyataan dibuat, agak sedih juga dengan kenyataannya itu.

    “Cuma, saya tak tahu konteks perbualan Man Bai, jadi tidak mahu berat sebelah. Saya juga tak mahu disebabkan isu ini kami jadi janggal apabila berjumpa.

    Aina enggan membesar-besarkan isu, sebaliknya ingin menyahut teguran Man Bai dengan mencari karya daripada komposer hebat. – mStar

    “Sebenarnya, saya menyewa studio Man Bai untuk latihan setiap kali konsert. Jadi, kami pernah bekerja secara rapat,” kata Aina yang ditemui pada majlis sidang media Konsert By Ajai & Mega Friends yang bakal berlangsung di Singapura pada 10 Mei depan.

    Pemilik lagu Sepi itu juga tidak menyalahkan Man Bai, malah mengakui killer song penting kepada kerjaya kerana ia umpama tanda dagang seseorang penyanyi, lapor BH Online.

    Sebagai penyanyi baharu, kata Aina, dia menerima teguran dengan berlapang dada dan akan berusaha mencari killer song.

    “Saya terima dengan penuh rasa cinta, cuma saya tidak tahu terperinci perbualan berkenaan.

    “Jadi, saya takut menghukum perbualan ini, seolah-olah saya tak terima kenyataan. Namun, saya akui apa dikatakan Man Bai.

    “Saya bekerja keras untuk hasilkan killer song, tapi lagu saya seperti Sumpah, Sepi dan Semalam belum cukup menyengat,” katanya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda