Air Canada bayar pampasan AS$4.5 juta

NEW YORK, 23 NOV – Air Canada bersetuju untuk membayar pampasan AS$4.5 juta kepada kerajaan Amerika Syarikat (AS) mengenai kelambatan dalam membayar semula kepada pelanggan setelah pembatalan penerbangan atau diubah disebabkan pandemik COVID-19, menurut pegawai semalam.

Perjanjian, yang masih menunggu kebenaran undang-undang, menunjukkan pihak berkuasa pengangkutan “mengatakan syarikat penerbangan bertanggungjawab memastikan semua pelanggan dilayan dengan adil,” menurut Jabatan Pengangkutan AS dalam kenyataan.

Daripada AS$4.5 juta yang dipersetujui, AS$2.5 akan digunakan untuk membayar semula pelanggan yang membeli tiket penerbangan yang tidak boleh bayar balik dari atau ke AS yang mereka putuskan untuk tidak menerimanya. Baki AS$2 juta akan di buat kepada Perbendaharaan AS.

Perjanjian tersebut menandakan jumlah pampasan terbesar kepada syarikat penerbangan oleh agensi divisyen perlindungan penerbangan.

Pada masa akan datang, Air Canada turut berjanji untuk ‘memulangkan semula tambang penerbangan kepada pelanggan yang membeli tiket yang tidak boleh dibayar semula dari atau ke AS yang pe-nerbangan mereka dibatalkan atau perubahan signifikan oleh syarikat pengangkutan tersebut.

Peraturan AS ketika ini tidak mewajibkan pembayaran semula kepada pelanggan yang memilih untuk tidak membuat perjalanan disebabkan oleh pandemik. – AFP