Air France dapat kelulusan bantuan AS$4.7 bilion

BRUSSELS, 6 APRIL – Kesatuan Eropah (EU) meluluskan rancangan oleh kerajaan Perancis untuk memberikan suntikan dana empat bilion euro ke Air France, yang mengalami kemerosotan semasa pandemik.

Perjanjian bernilai AS$4.7 bilion, susulan perbincangan selama berminggu-minggu dengan suruhanjaya EU, yang wajib memastikan bantuan negara tidak memberikan syarikat kelebihan yang tidak adil.

Sebagai balasan atas kelulusan tersebut, suruhanjaya, yang merupakan pengawal EU, berkata Air France akan melepaskan kira-kira 18 slot sehari di Orly, lapangan terbang kedua terbesar di Paris selepas Charles de Gaulle.

“Ini memberikan saingan kepada syarikat pengangkutan untuk berpeluang mengembangkan aktiviti mereka di lapangan terbang ini, memastikan harga yang adil dan meningkatkan pilihan untuk pelanggan Eropah,” kata suruhanjaya persaingan EU, Margrethe Vestager.

Menteri Kewangan Perancis, Bruno Le Maire berkata EU turut membenarkan negeri Perancis untuk meningkatkan saham mereka dalam pengangkutan kebangsaan kepada 30 peratus, meningkat dari kadar ketika ini iaitu 14.3 peratus. Air France mencatatkan kerugian sebanyak 7.1 bilion euro pada 2020 ketika perniagaan mereka, sama seperti syarikat penerbangan di seluruh dunia, terkesan akibat sekatan koronavirus yang menggantungkan trafik udara global.

Syarikat pesaing, Ryanair, yang mengkritik subsidi negeri di mana syarikat penerbangan mencari simpati terhadap Suruhanjaya Eropah, mengkritik bantuan Perancis sebelum ini untuk Air France, dengan mengatakan menjejaskan persaingan. – AFP

EU meluluskan rancangan oleh kerajaan Perancis untuk memberikan suntikan dana lebih AS$4 bilion kepada Air France. – AP