Monday, March 17, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Air France dedah Joon – penerbangan ‘milenia’

    PARIS, 25 Sept – Air France pada Khamis telah mendedahkan subsidiari penerbangan tambang rendah baru yang digelar Joon yang akan menyasarkan pelanggan milenia.

    Perkhidmatan penerbangan jarak sederhana baru itu akan mula beroperasi dari lapangan terbang Charles de Gaulle di Paris tahun ini, dengan penerbangan jarak jauh akan menyusuli pada musim panas 2018.

    Syarikat pengangkutan Perancis itu mendedahkan butiran perkhidmatan barunya selepas menyelesaikan pertikaian panjang antara pihak pengurusan dan juruterbang berhubung penubuhan subsidiari tersebut.

    Joon ‘disasarkan khas kepada pelanggan muda yang bekerja, milenia (18 ke 35 tahun), yang cara hidup mereka berkisar tentang teknologi digital,” kata Air France dalam satu kenyataan, tanpa menghuraikan lebih lanjut apa teknologi baru yang akan diterapkan itu.

    Pengerusi Air France-KLM dan CEO Jean-Marc Janaillac (tengah) bergambar bersama kakitangan Joon pada 25 September di Paris semasa pelancaran Joon. – AFP

    Nama itu dipilih ‘untuk mengilustrasikan keadaan minda yang positif,” tambahnya.

    Joon dihasratkan untuk membantu Air France bersaing dengan pengangkutan bajet Eropah seperti Easyjet dan penerbangan Teluk seperti Emirates.

    Bagaimanapun, syarikat penerbangan itu berkata: “Joon tidak akan menjadi penerbangan tambang rendah kerana ia menawarkan produk-produk original dan perkhidmatan yang mencerminkan Air France.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda