Air NZ mula uji ‘pasport vaksinasi’

WELLINGTON, 22 FEB – Air New Zealand akan menguji pas perjalanan digital bagi membolehkan syarikat penerbangan dan pihak berkuasa sempadan mengakses maklumat kesihatan penumpang termasuk status vaksinasi COVID-19 mereka, kata pesawat udara itu hari ini.

Skim yang digelar ‘pasport vaksinasi’ oleh pemerhati industri itu dicipta untuk memperkemas perjalanan sebaik sempadan dibuka bagi membolehkan para penumpang menyimpan bukti kelayakan kesihatan mereka dalam satu tempat.

“Ia pada dasarnya seperti memiliki sijil kesihatan digital yang boleh dikongsi dengan mudah dan terjamin bersama syarikat penerbangan,” kata ketua pegawai digital Air New Zealand, Jennifer Sepull.

Ia bergantung pada aplikasi yang dibangunkan oleh Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) dan pesawat penerbangan lain Etihad dan Emirates yang sudah pun mengujinya.

Timbalan kanan presiden badan industri Nick Careen berkata ia adalah mercu tanda penting dalam memulakan perjalanan antarabangsa ketika kempen vaksin global bakal dilaksanakan.

“Kerajaan boleh menjadi yakin terhadap penumpang-penumpang yang ‘OK hendak melakukan perjalanan’ berada dalam pematuhan penuh bagi kelayakan perjalanan COVID-19,” katanya.

Careen berkata aplikasi itu memastikan privasi dengan memberi para penggunanya mengawal data kesihatan yang mereka berikan.

Percubaan Air New Zealand akan bermula pada April. – AFP