Wednesday, April 24, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Air oh air

    Isu air bukan sesuatu yang baharu diperkatakan di negara ini.

    Daripada masalah air kekuningan hinggalah tekanan air rendah pasti menjadi isu setiap hari jika tidak diperbaiki.

    Hanya tinggal beberapa hari saja lagi, musim persekolahan akan bermula dan masalah air kekuningan menjadi satu beban kepada kami terutama para ibu bapa dan penjaga memastikan pakaian sekolah anak-anak tidak berbau dan nampak kekuningan akibat air tidak berwarna putih.

    Namun, meskipun perkara ini disuarakan berulang-ulang kali kepada pihak relevan, jawapan yang sama akan diberikan yang membuatkan kami berasa jemu mendengarnya.

    Rata-rata alasan diberikan disebabkan hujan yang berlebihan sehingga tanah hakisan memasuki kawasan loji penapisan.

    Bukankah loji penapisan melalui beberapa proses untuk menjadi air putih sebelum disalurkan ke rumah-rumah?

    Kami tidak memasang sistem penapisan rumah? Saya sudah memasang alat penapisan di rumah namun air tetap berwarna kekuningan. Justeru apakah permasalahan sebenarnya?

    Sehubungan itu, pihak relevan perlu memberikan jawapan sebenar yang jitu untuk memberikan keyakinan kepada kami.

    Pengguna air

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...