Thursday, November 30, 2023
25.8 C
Brunei

    -

    Air pancut dikecam ‘paling hodoh’

    VIENNA, 10 NOV – Air pancut di ibu negara Austria yang memperingati 150 tahun sistem air moden Vienna telah mendapat kritikan hebat kerana dianggap ‘hodoh’ dan menelan kos berlebihan.

    Air pancut bernilai 1.8 juta euro (AS$1.9 juta) itu telah dilancarkan oleh kerajaan berhaluan kiri bandar itu yang diketuai oleh Datuk Bandar Demokrat Sosial, Michael Ludwig dan dirasmikan oleh Presiden Alexander Van der Bellen pada 24 Oktober.

    Air pancut yang luar biasa itu – menampilkan 33 arca manusia duduk dalam bulatan – dicipta oleh kumpulan artis Vienna, Gelatin selepas reka bentuk mereka melambangkan ‘tanggungjawab komuniti untuk air’ sebagai sumber berharga berjaya memenangi hati juri.

    Sementara pegawai memuji reka bentuk air pancut ‘luar biasa, berinspirasikan realiti’ kerana menyampaikan ‘rasa kebersamaan’, pengkritik membantah sifat artistiknya, melepaskan kemarahan mereka dalam talian.

    Satu hantaran di X, dahulunya Twitter, oleh akaun bernama Culture Critic yang mengecam reka bentuk air pancut dan kos yang tinggi oleh pembayar cukai sejak itu telah dilihat lebih daripada 7.6 juta kali.

    Pengguna internet lain yang terkejut mengkritik karya seni itu sebagai ‘air pancut paling hodoh’ yang pernah dilihat mereka, malah ada yang melihat patung lelaki Michelin di antara arca.- AFP

    Patung-patung yang dicipta oleh kumpulan artis Gelatin kelihatan di air pancut Vienna, Austria pada 8 November. – AFP
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    China gesa gencatan senjata menyeluruh segera

    BEIJING, 30 NOV - China hari ini menggesa ‘gencatan senjata kemanusiaan yang berterusan’ dalam konflik Israel-Hamas dalam kertas jawatan yang dikeluarkan oleh kementerian luarnya. "Pihak-pihak...