Wednesday, December 4, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Air zamzam disediakan di Masjidil Haram

    KUALA LUMPUR, 12 OKT – Jabatan Tertinggi bagi Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi mengaktifkan semula 155 tangki marmar yang mengalirkan air zamzam selain menempatkan semula 20,000 tong air zamzam mudah alih di seluruh Masjidil Haram, Mekah bermula kelmarin.

    Penyediaan air zamzam di masjid suci itu dimaklumkan Penolong Pengarah Urusan Teknikal dan Perkhidmatan Hal Ehwal Masjidil Haram, Mohammed bin Musleh Al-Jabiri, menerusi perkongsiannya di Twitter.

    Menurut jabatan itu, pada kebiasaannya lebih 20,000 tong air zamzam disediakan di Masjidil Haram bagi menampung purata penggunaan yang mencecah 1,633,030 meter padu air setiap hari.

    Pertengahan bulan lepas, penyediaan semula sebanyak 600 tong dengan keupayaan keseluruhan 30,000 tan air zamzam di seluruh Masjid Nabawi, Madinah sudah pun dimulakan.

    Operasi penyediaan air zamzam sebelum ini dihentikan berikutan kebimbangan penularan jangkitan COVID-19 dalam kalangan jemaah haji dan umrah di Masjidil Haram serta Masjid Nabawi dan digantikan dengan penggunaan robot pintar untuk mengedarkan air zamzam tanpa membabitkan sebarang sentuhan. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda