AirAsia kecualikan caj pertukaran penerbangan

KUALA LUMPUR, 3 JUN – AirAsia telah mengumumkan bahawa ia akan mengecualikan caj pertukaran penerbangan untuk sebarang tempahan baharu yang dilakukan antara 3 Jun dan 31 Oktober 2020.

Dalam satu kenyataan hari ini, ia berkata pilihan itu disediakan untuk tempahan dalam talian di airasia.com untuk penerbangan domestik di Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina dan India.

“Penumpang boleh membuat perubahan tarikh penerbangan dalam jumlah yang tidak terhad melalui tab ‘Tempahan Saya’ di airasia.com atau aplikasi mudah alih AirAsia, dan boleh menempah semula penerbangan mereka untuk perjalanan sehingga 31 Disember 2020, bergantung pada ketersediaan tempat duduk dan perbezaan tambang,” katanya. – Bernama