Monday, November 11, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    AirAsia lancar penerbangan KL-Sihanoukville

    PHNOM PENH, 10 Ogos – Syarikat penerbangan tambang rendah Malaysia, AirAsia, melancarkan penerbangan tetap antara Kuala Lumpur dan Sihanoukville, Kemboja Malaysia hari ini, kata siaran media Kemboja.

    “Penambahan baru ini menunjukkan peningkatan kesedaran mengenai tawaran kepelbagaian dalam pelancongan Kemboja dan khususnya, permintaan yang semakin meningkat untuk tempat-tempat pantai negara,” kata kenyataan itu.

    Salut meriam air menyambut laluan pembukaan AirAsia dengan penerbangan penuh 180 penumpang selepas pesawat mendarat di lapangan terbang antarabangsa Sihanoukville, katanya.

    Perkhidmatan baru itu beroperasi pada Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad, katanya.

    Warga AirAsia mempromosi penerbangan berkenaan.
    Warga AirAsia mempromosi penerbangan berkenaan.

    Spencer Lee, pengarah komersial untuk AirAsia Berhad, berkata syarikat penerbangan tersebut memutuskan untuk memperluaskan sayapnya ke Sihanoukville kerana bandar pantai itu memberikan peluang yang berpotensi dan dinamik dari segi pelancongan, perdagangan dan ekonomi.

    “Dengan penambahan Sihanoukville, ia menambah peta rangkaian kami yang luas di lebih dari 120 destinasi, kami berharap dapat mengembangkan bandar ini menjadi destinasi pelancongan yang popular yang membolehkan pelancong dari rantau ini mengalami pengalaman di ASEAN yang masih belum ditemui,” katanya.

    Lapangan terbang antarabangsa Sihanoukville adalah salah satu daripada tiga lapangan terbang di Kemboja. Tahun lepas, lapangan terbang antarabangsa Sihanoukville menerima 150,000 penumpang, kata kenyataan akhbar itu. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda