AirAsia mula penerbangan ke Tokyo Narita

KUALA LUMPUR, 21 NOV – AirAsia membuat penerbangan sulung dari Kuala Lumpur ke Tokyo Narita hari ini, perkhidmatan bagi laluan baharu yang membuktikan komitmen AirAsia dalam mempercepatkan pertumbuhannya di Jepun.

Dalam kenyataan hari ini, syarikat penerbangan tambang rendah itu berkata penerbangan empat kali seminggu tersebut akan menawarkan lebih 150,000 tempat duduk tambahan setahun menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Antarabangsa Narita.

Langkah itu sekali gus membantu meningkatkan sektor pelancongan dan ekonomi menjelang Tahun Melawat Malaysia 2020 dan Olimpik Tokyo 2020, menurut AirAsia. – Bernama