KUALA LUMPUR, 12 Mei – Kumpulan AirAsia memindahkan operasinya di Da Nang, Vietnam dari Terminal 1 ke Terminal 2 yang baharu mulai hari ini.
Penumpang yang menggunakan penerbangan AirAsia (kod penerbangan AK) dinasihatkan supaya memeriksa masuk di Terminal 2, tidak jauh dari terminal lama, berkuat kuasa hari ini, kata syarikat penerbangan tambang rendah itu dalam satu kenyataan di sini.
AirAsia kini menawarkan tujuh penerbangan seminggu dari Kuala Lumpur ke Da Nang. – Bernama