AirAsia sokong rakyat pulang mengundi

KUALA LUMPUR, 13 April – AirAsia, menawarkan tambang tetap istimewa bagi semua laluan domestik pada 8 dan 9 Mei untuk menyokong rakyat Malaysia yang pulang untuk mengundi.

Dalam kenyataan hari ini, syarikat penerbangan itu berkata tambang sehala bagi laluan di Semenanjung dan Sabah, Sarawak ditetapkan pada harga yang menarik.

Tambang bagi laluan antara Semenanjung dan Sarawak dan Sabah, masing-masing ditetapkan pada kadar istimewa.

Katanya semua tawaran tersebut tertakluk kepada adanya tiket dan harga termasuk cukai dan bayaran. – Bernama