Saturday, February 4, 2023
23.7 C
Brunei

-

AirAsia tawar promosi istimewa

KUALA LUMPUR, 30 Julai – Syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia menawarkan diskaun sehingga 45 peratus bagi tempahan kumpulan dalam kempen baharunya, ‘Buy More, Save More’.

Dalam satu kenyataan, syarikat penerbangan itu berkata diskaun sehingga 45 peratus itu adalah untuk empat hingga sembilan penumpang yang dibuat di bawah tempahan yang sama, tiga penumpang (35 peratus), dua penumpang (25 peratus), manakala untuk penumpang bersendirian (15 peratus).

“Promosi ini memberi peluang kepada semua orang, sama ada yang suka melancong bersendirian, dengan keluarga atau rakan, kami akan membawa anda ke destinasi pada kos yang berkurangan,” kata Ketua Pegawai Komersil Kumpulan AirAsia, Siegtraund The.

Promosi berkenaan sah bagi laluan dari Kuala Lumpur ke Sydney, Gold Coast Australia, Beijing, Hangzhou dan banyak lagi dengan penerbangan AirAsia X serta dari Kuala Lumpur ke Shantou, Tiruchirappalli, Pekanbaru, Kalibo, Pattaya, Alor Setar, Sibu, Johor Bahru, Langkawi, dan penerbangan AirAsia yang lain.

Tawaran ini juga termasuk ke destinasi baharu syarikat penerbangan seperti Kuala Lumpur-Sihanoukville, Langkawi-Shenzen dan Langkawi-Kuching, yang akan bermula 9 Ogos, 2017. – Bernama

AirAsia menawarkan promosi istimewa dengan diskaun sehingga 45 peratus bagi tempahan kumpulan dalam kempen baharunya, ‘Buy More, Save More’. – AFP
AirAsia menawarkan promosi istimewa dengan diskaun sehingga 45 peratus bagi tempahan kumpulan dalam kempen baharunya, ‘Buy More, Save More’. – AFP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Bekas Menteri dijatuhi hukuman penjara 2 tahun

SEOUL, KOREA SELATAN, 3 FEB - Mahkamah Korea Selatan hari ini menjatuhkan hukuman penjara dua tahun kepada bekas Menteri Kehakiman, Cho Kuk, selepas dia...
- Advertisment -