AirAsia tawarkan 5 juta tempat duduk

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 JUN – Untuk tempoh yang terhad, jualan ‘tempat duduk percuma’ AirAsia kini ditawarkan secara besar-besaran dengan promosi lebih 5 juta tempat duduk.

Harga tambang promosi termasuk semua ahli AirAsia BIG bermula daripada BND30* untuk penerbangan dari Brunei ke Kuala Lumpur.

Terbang dari Brunei ke Langkawi, Pulau Pinang, Krabi, Hua Hin, Visakhapatnam, Siem Reap, Jaipur, Honolulu dan banyak lagi destinasi bersama perkhidmatan transit ‘Fly-Thru’ AirASia menerusi Kuala Lumpur daripada harga serendah BND60. Berhubung ke lebih 140 destinasi AirASia di seluruh Asia, Australia, Timur Tengah dan Amerika Syarikat dari hab AirAsia di Kuala Lumpur.

Ketua Pegawai Komersial Kumpulan AirAsia Karen Chan berkata, “Ini adalah masa terbaik untuk anda membuat tempahan bagi percutian seterusnya bersama AirASia. Di samping 5 juta tambang promosi yang kami tawarkan, AirAsia juga akan mengecualikan semua yuran pemprosesan bagi pelanggan yang memilih untuk membayar dengan menggunakan BigClick, cara pembayaran yang cepat dan senang.”

Tempahan boleh dibuat di airasia.com atau melalui aplikasi mudah alih AirASia dari 17 Jun 2019 (0001h GMT +8) sehingga 19 Jun 2019 (2400 GMT +8) bagi tempoh perjalanan di antara 1 November 2019 dan 8 September 2020.

Ahli AirASia BIG boleh menikmati tempoh akses keutamaan 24 jam bermula 16 Jun 2019 (0001h GMT +8). Log masuk sebagai ahli AirAsia BIG untuk mendapatkan tempat duduk pada harga terendah. Ahli AirAsia BIG juga boleh menebus tempat duduk promosi bermula daripada 500 Mata Ganjaran BIG di laman airasiabig.com dan aplikasi mudah alih AirAsia BIG.

Tetamu yang ingin membuat pertukaran pada tempahan mereka atau membuat pembelian tambahan seperti pra-tempah hidangan Santan dan Pilih Tempat Duduk boleh berbuat demikian pada laman My Bookings dalam 3tiga langkah mudah iaitu Tekan, Pilih dan Bayar. Untuk berita, aktiviti dan promosi AirAsia terkini, ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirASia), Facebook (facebook.com/AirAsia) dan Instagram (instagram.com/AirAsia).