Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    airasia xpress S’pura mula perkhidmatan penghantaran

    SINGAPURA, 17 FEB – Perkhidmatan penghantaran airasia xpress yang dimulakan di Singapura hari ini dijangka membantu perniagaan kecil dan usahawan sosial untuk menjimatkan kos dan mengembangkan perniagaan mereka.

    Pelanggan boleh menerima bungkusan dan dokumen yang dihantar menggunakan motosikal dan kereta dalam tempoh kurang daripada satu jam menerusi perkhidmatan penghantaran pantas yang ditawarkan di airasia Super App.

    Perkhidmatan penghantaran pada hari yang sama – iaitu barang akan dihantar dalam masa empat hingga enam jam – akan ditawarkan tidak lama lagi.

    “Memberikan perkhidmatan kepada golongan yang kurang mendapat kemudahan sentiasa menjadi misi teras airasia, dan pengembangan ini mempamerkan komitmen kami dalam menyediakan perkhidmatan penghantaran terbaik kepada pengguna di rantau ini,” kata Ketua Penghantaran airasia Super App Lim Ben-Jie dalam satu kenyataan hari ini.

    Beliau berkata perniagaan kecil dan usahawan sosial akan mendapat manfaat daripada perkhidmatan penghantaran terpantas dan mampu milik itu, yang menawarkan perkhidmatan bernilai. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...