Airbnb hentikan pekerja kerana COVID-19

SAN FRANCISCO, 6 MEI – Platform perkongsian rumah, Airbnb berkata kelmarin mereka akan mengurangkan suku dari tenaga kerjanya – kira-kira 1,900 orang – disebabkan oleh pandemik yang telah menjejaskan industri pelancongan.

Pengurangan itu diperlukan bagi syarikat yang berpangkalan di San Francisco untuk terus beroperasi sehingga orang ramai mula kembali melancong, kata pengasas bersama Airbnb dan ketua eksekutif, Brian Chesky. “Kami sedang melalui krisis yang mengerikan dalam hidup kami, dan apabila keadaan mula merebak, pelancongan global terpaksa berhenti,” kata Chesky.

Airbnb menjelaskan bahawa mereka cuba untuk meredakan keadaan dengan menyediakan faedah termasuk memberikan insurans kesihatan selama 12 bulan kepada pekerja yang diberhentikan.

Pengurangan pekerjaan akan merangkumi operasi global syarikat, dengan matlamat untuk memberikan fokus kepada strategi perniagaan yang merupakan ‘akar’ kepada Airbnb yang menjadi platform untuk mengongsikan rumah dan pengalaman setempat, menurut Chesky.

“Keseluruhan pasukan Airbnb akan terjejas,” kata Chesky. Banyak pasukan akan dikurangkan dari segi saiz berdasarkan hala tuju Airbnb.” Airbnb menambah ia akan mengurangkan pelaburan dalam pengangkutan, hotel dan sektor lain yang tidak secara langsung menyokong tuan rumah kediaman yang disenaraikan dalam platform.

Airbnb April lalu mengumumkan bahawa mereka akan menarik pelaburan bernilai satu bilion dolar untuk bertahan dan berharap, berkembang dalam dunia pelancongan yang berubah kerana wabak koronavirus. – AFP

Airbnb berkata mereka akan mengurangkan suku dari tenaga kerjanya – kira-kira 1,900 orang – disebabkan oleh pandemik yang telah menjejaskan industri pelancongan. – AFP