Airbus batal bayaran Dividen 2019

PARIS, 23 MAC – Gergasi penerbangan Eropah Airbus berkata hari ini mereka akan membatalkan rancangan untuk pembayaran dividen untuk tahun 2019 dan meninggalkan ramalan pendapatan untuk tahun ini kerana ketidaktentuan ekonomi disebabkan oleh pandemik koronavirus.

“Kami telah menarik balik garis panduan 2020 kami disebabkan oleh situasi yang tidak stabil,” kata ketua eksekutif Airbus, Guillaume Faury dalam satu kenyataan.

Sebagai sebahagian daripada langkah untuk meningkatkan kecairan kumpulan dan kunci kira-kira dalam tindak balas terhadap pandemik COVID-19, Airbus turut ‘menarik balik dividen 2019 yang dicadangkan iaitu 1.80 sesaham berbanding jumlah wang tunai keseluruhan yang dianggarkan sebanyak 1.4 bilion euro,’ menurut kenyataan.

“Keutamaan kami adalah untuk melindungi orang ramai sementara menyokong usaha global untuk membendung penularan koronavirus,” Faury berkata.

“Kami turut melindungi perniagaan kami demi melindungi masa depan Airbus dan untuk memastikan kami boleh kembali beroperasi secara efisien sebaik sahaja keadaan kembali pulih.”

Firma gergasi penerbangan Eropah Airbus berkata hari ini mereka akan membatalkan rancangan untuk pembayaran dividen untuk tahun 2019 kerana ketidaktentuan ekonomi disebabkan oleh pandemik koronavirus. – AFP

Faury berkata beliau yakin bahawa Airbus dan sektor ruang angkasa akan mengatasi situasi kritikal ini.

Untuk memastikan kewangan Airbus fleksibel, lembaga pengarah telah bersetuju untuk memastikan kemudahan kredit baharu sejumlah 15 bilion euro sebagai tambahan kepada jumlah kemudahan kredit yang sedia ada berjumlah 30 bilion euro, menurut kenyataan.

Dengan keputusan ini, Airbus akan mempunyai ‘kecairan yang penting yang sedia ada untuk menghadapi keperluan wang tunai tambahan yang berkaitan dengan koronavirus. Kecairan yang sedia ada bernilai kira-kira 30 bilion euros.”

Airbus berkata langkah tersebut bertujuan untuk ‘memastikan perniagaan dijalankan berterusan dengan sendirinya meskipun dalam krisis berpanjangan.

Airbus dijadual akan mengadakan perjumpaan tahunan bersama pemegang saham di Amsterdam pada 16 April, tetapi ia tidak menggalakkan perjumpaan secara fizikal disebabkan wabak koronavirus.

Kumpulan tersebut telah mengumumkan kelmarin bahawa mereka merancang untuk menyambung separuh pengeluaran dan kerja-kerja pemasangan kapal pesawat di Perancis dan Sepanyol diikuti dengan pemeriksaan kesihatan dan keselamatan empat hari.

Pada tahun 2019, Airbus, yang mempunyai seramai 135,000 tenaga kerja antarabangsa, meraih keuntungan kira-kira 70 bilion euros. – AFP