Airbus, Jazeera Airways meterai perjanjian AS$3.3 bilion

DUBAI, 16 NOV – Airbus berjaya memeterai perjanjian ketiga bernilai lebih AS$3.3 bilion dengan menjual 28 buah pesawat baharu kepada Jazeera Airways milik Kuwait semasa Pameran Udara Dubai hari ini.

Perjanjian pengeluar pesawat Eropah termasuk 20 buah pesawat A320neos dan lapan buah pesawat A321neos, yang bersaing rapat dengan Boeing 737 Max, dengan pilihan untuk menjual lima buah lagi pesawat baharu kepada syarikat penerbangan kos rendah yang semakin meningkat.

“Kini adalah masanya untuk berubah, berkembang dan melabur untuk masa hadapan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Jazeera Airways, Roohit Ramachandran, menggelarnya sebagai pesanan ‘realistik dan sederhana’. Dia turut memaklumkan pesawat pertama akan dihantar pada 2026.

Pameran di Dubai turut menunjukkan banyak pesanan dan pengumuman produk.

Semasa dua hari pertama pame-ran, Airbus turut mencatatkan penjualan besar, Airbus memeterai perjanjian kelmarin bernilai bilion dolar dengan menjual 111 pesawat baharu kepada Air Lease Corporation.

Airbus merangsang susunan pesanan pada hari pembukaan pa-meran dengan menjual 255 pesawat baharu kepada Indigo Partners, perjanjian bernilai AS$30 bilion, mengikut harga senarai pra pandemik.

Pameran perdagangan Dubai kebiasaannya bersaingan antara Airbus dan Boeing, dua pengeluar terbesar, dalam pasaran di Timur Tengah yang dipenuhi dengan pengangkutan jarak jauh menghubungkan antara Timur dan Barat. – AP

Roohit Ramachandran semasa memetarai perjanjian bersama Jazeera Airways, kelmarin. – AP