Airbus jual 65 jet bernilai AS$7.47 bilion

PARIS, 21 Jan – Syarikat pajakan pesawat udara, SMBC Aviation Capital telah memuktamadkan tempahan kukuh bagi 65 buah pesawat Airbus dari famili A320neo dengan harga katalog kira-kira AS$7.47 bilion, kata Airbus hari ini.

Tempahan bagi 50 buah pesawat A320neo dan 15 buah pesawat lorong tunggal A321neo bernilai kira-kira 6.6 bilion euro dan membawa kepada 71 buah jumlah pesawat dari kategori tempahan oleh SMBC berpangkalan di Dublin tahun lalu, menurut kenyataan dari syarikat gergasi aeroangkasa Eropah.

Tempahan banyak biasanya akan mendapat diskaun daripada harga katalog.

SMBC, salah sebuah syarikat pajakan pesawat udara terbesar dunia, dimiliki oleh konsortium syarikat Jepun diketuai oleh Sumitomo Mitsui Banking Corporation (SMBC).

Pada 3 Januari, Airbus berkata ia telah memuktamadkan penjualan 120 jet lorong tunggal A220-300 bernilai AS$11 bilion kepada syarikat pengangkutan AS, JetBlue dan syarikat Moxy yang akan memulakan operasi pada 2021. – AFP