PARIS, 17 DIS – Jet superjumbo Airbus A380 terakhir yang keluar dari kilang pemasangan telah diserah kepada syarikat penerbangan Emirates, menandakan berakhirnya salah satu projek penerbangan paling mahal di Eropah, kata syarikat semalam.
Ia merupakan jet A380 ke-123 yang memasuki armada Emirates, setakat ini yang terbesar antara jet dua tingkat yang berupaya membawa 500 hingga 850 penumpang – dan menawarkan suite peribadi malah tempat mandi dalam pesawat.
Meskipun mendapat sambutan yang positif daripada penumpang selepas penerbangan komersial bermula pada 2007, kebanyakan syarikat penerbangan bergelut untuk mengisi kapasiti kapal terbang, menjadikan prospek ekonomi untuk mengendali pesawat empat enjin itu tidak dapat dipertahankan. – AFP