Airbus serah 196 pesawat komersial pada separuh pertama 2020

KUALA LUMPUR, 9 JULAI – Airbus menyerahkan 36 pesawat komersial pada Jun 2020, meningkat daripada 24 pesawat pada Mei dan 14 pesawat pada April tahun ini, menjadikan jumlah keseluruhan penyerahan sebanyak 196 bagi separuh pertama tahun ini.

Dalam kenyataan, Airbus berkata ia mencatatkan sejumlah 298 tempahan pesawat komersial pada separuh pertama 2020 berbanding 389 pesawat pada separuh pertama 2019, dengan penurunan itu disebabkan krisis pandemik COVID-19.

Mengikut jenis pesawat pula, sebanyak 11 pesawat daripada kumpulan A220; 157 kapal terbang A320; lima pesawat A330 serta 23 kapal terbang dari kelas A350 yang diserahkan pada separuh pertama 2020. – Bernama