Ais Greenland mencair, berisiko cetus banjir besar

PARIS, 1 NOV – Kira-kira 3.5 trilion tan lapisan ais di Greenland yang mencair sejak sedekad lalu menyebabkan peningkatan permukaan air laut dunia sebanyak 1sm, sekali gus meningkatkan risiko banjir di seluruh dunia, menurut penyelidikan baharu hari ini.

Lapisan atas ais di pulau terbesar dunia mengandungi air beku untuk meningkatkan lautan sekitar enam meter atau 20 kaki seluruh dunia, dan kejadian pencairan ekstrem itu sudah meningkat dalam frekuensi kira-kira 40 tahun.

Walaupun ia adalah salah satu lokasi yang paling banyak dikaji di bumi oleh pakar klimatologi, penyelidikan hari ini adalah yang pertama menggunakan data satelit untuk mengesan hakisan lapisan ais Greenland.

Menerusi jurnal Nature Communication dengan kumpulan pengkajinya berkata, pergerakan ais mencair meningkat 21 peratus, empat dekad lalu.

Data yang disediakan oleh Agensi Angkasa Eropah (ESA) itu turut menunjukkan sebanyak 3.5 trilion tan ais mencair sejak 2011, memadai untuk menghasilkan air yang mencukupi bagi menaikkan paras lautan di seluruh dunia dan meletakkan komuniti pantai kepada risiko kejadian banjir yang lebih tinggi. Kajian sama turut mendedahkan, satu pertiga ais yang mencair dalam dekad lalu muncul hanya dalam dua musim panas iaitu pada 2012 dan 2019.

Contohnya, pada 2012, perubahan corak atmosfera menyebabkan udara panas luar biasa berlegar di atas lapisan ais selama berminggu-minggu, menyebabkan 527 bilion tan ais mencair. – AFP

Gambar fail 14 Jun 2021 menunjukkan bongkah ais timbul melintasi Glasier Portage dekat Girdwood, Alaska. – AP