JEPUN – Ais krim yang hampir tidak cair walaupun pada musim panas adalah sesuatu yang unik terdapat di Kinoto Manjuya, sebuah kedai manisan yang telah lama wujud di Tainai, Wilayah Niigata.
Sejak penubuhannya pada zaman Edo (1603-1867), kedai itu telah menjual roti manis Kinoto manju tradisional yang diuli dengan beras koji malt.
Dalam usaha untuk memupuk permintaan baharu di tengah-tengah pandemik koronavirus, kedai itu mula menjual ais krim Ottegi yang diperbuat daripada tepung beras keluaran tempatan.
Bar ais krim ditinggalkan di kedai dengan suhu bilik 28.6 C selama 30 minit (mungkin lebih lama daripada yang dinyatakan), ketika pekerja cuba memikirkan bila ia sedia untuk dimakan, tetapi ia tidak cair dan mengekalkan bentuknya walaupun diangkat dengan batangnya.
Aiskrim itu menjadi tular di media sosial selepas kedai itu menyiarkan tentang kepekatannya.
Menguli tepung beras ke dalam aiskrim menjadikannya kurang mencair, menurut Kinoto Manjuya.
Pada kemuncaknya, kedai itu telah menjual lebih daripada 100 bar aiskrim setiap hari. – ANN/The Japan News
